Ke Arah
Sektor OGSE yang Lestari

Selaras dengan matlamat Kerajaan Malaysia dalam agenda peralihan tenaga, kelestarian kekal sebagai fokus penting dalam sektor OGSE, dimana permintaan pemegang taruh kini tertumpu kepada aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pengurusan alam sekitar yang lebih mampan. MPRC komited untuk menyokong sektor OGSE meneroka peluang baru dalam peralihan tenaga, disamping berusaha untuk memastikan pembangunan pengurusan dan strategi pertumbuhan yang lebih menyeluruh dan berkesan.

MPRC telah menerbitkan Pelan Tindakan OGSE, yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi sektor OGSE termasuk kelestarian menjelang 2030.

Dilancarkan pada April 2021, Pelan Tindakan OGSE menjangkakan pembangunan sektor OGSE Malaysia yang kukuh, berdaya tahan, dan berdaya saing dengan fokus terhadap aspek kelestarian. Bertunjangkan empat teras utama – Daya Saing, Daya Tahan, Pembangunan dan Kelestarian – Pelan Tindakan OGSE telah mengenal pasti beberapa matlamat untuk dicapai menjelang 2030, termasuk penyertaan lima syarikat OGSE dalam penarafan kelestarian dan sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada sektor OGSE sebanyak RM50 bilion.

Pelan Tindakan OGSE juga bertujuan memastikan sektor ini dilengkapi dengan 60,000 bakat mahir yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pertumbuhannya dan mencapai 50% pendapatan asing, memacu pertumbuhan mampan dan kepimpinan global dalam sektor OGSE. Untuk mengukuhkan matlamat ini, MPRC telah memulakan inisiatif penggalakan amalan dan pelaporan kelestarian di kalangan syarikat OGSE melalui program Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS), yang ditekankan dalam pembangunan dokumen trilogi NOS: Pelan-NOS, Pelan Hala Tuju-NOS, dan Panduan Rangka Kerja-NOS.

 

Pelan Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS-P)

Pelan-NOS menyenaraikan cabaran yang dihadapi syarikat OGSE dalam memahami, melaksanakan, dan melaporkan amalan kelestarian serta cadangan untuk membantu mereka

Cabaran

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) umumnya masih berada di peringkat kesedaran

PKS bergantung kepada pihak pengawal selia dan pelanggan untuk panduan hala tuju

Kemandirian adalah keutamaan bagi PKS OGSE

Piawaian antarabangsa adalah terlalu rumit untuk PKS

Terlalu banyak piawaian antarabangsa untuk dipilih

Setiap piawaian pelaporan dianggap terlalu khusus terhadap sesuatu isu

Kekurangan insentif perniagaan untuk melaksanakan inisiatif kelestarian

PKS kekurangan individu yang bertanggungjawab dalam menerajui hal ehwal Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus.

Kesukaran mengakses data yang tersedia dan berkualiti

Cadangan

Mengenalpasti risiko berkaitan iklim dan potensi hala tuju buat sektor OGSE dalam memupuk amalan kelestarian

Pusat pengetahuan dan latihan kelestarian yang khusus untuk sektor OGSE

Subsidi untuk latihan PKS

Geran/Pinjaman mudah untuk inisiatif pengurangan karbon

Rangka kerja mengenai bahan topik kelestarian

Penilaian asas ESG

Sasaran kemampanan sektor OGSE

Piawaian pelaporan ESG yang diringkaskan untuk PKS OGSE

Pensijilan dan pengiktirafan kelestarian secara berperingkat untuk OGSE

Medium digital ESG untuk syarikat OGSE

Penglibatan dan komunikasi dengan pihak berkepentingan

Pelan Hala Tuju Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS-R)

NOS-R digerakkan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih melalui amalan dan pelaporan kelestarian berdasarkan rangka kerja laporan yang diringkaskan.

Pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal tahun 2050

Pengurangan intensiti karbon sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030

Pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 32% menjelang 2050 bagi Sektor Tenaga


Pemacu Utama
Jangkaan dan Permintaan Pelanggan
Pengawal Selia dan Dasar
Pelabur dan Pemberi Pinjaman
Memanfaat Peluang

Topik dan Petunjuk Bahan

Alam Sekitar

Sosial

Tadbir Urus


Inisiatif Strategik

Mempercepatkan Operasi dan Rantaian Bekalan Rendah Karbon

Menyokong Pengurusan Risiko Iklim

Mengukuhkan Amalan Kelestarian

Membangunkan Kumpulan Bakat dan Komunikasi

Pemudah Cara

Modal Insan, Pemikiran dan Cara Bekerja

Teknologi, Inovasi dan Infrastruktur

Pengawalseliaan Pasaran dan Penyertaan Bumiputera

Akses Pasaran Domestik dan Antarabangsa

Pembiayaan dan Pelaburan

Panduan Rangka Kerja Kelestarian OGSE Kebangsaan (NOS-F Guide)

Panduan Rangka Kerja-NOS ini dibangunkan berdasarkan lima fasa pelaporan utama yang diambil daripada piawaian dan rangka kerja kelestarian yang diterima pakai secara meluas

Membangunkan dasar kelestarian untuk mencerminkan komitmen syarikat terhadap amalan perniagaan yang mampan

Menyertakan kelestarian dalam agenda mesyuarat di peringkat Pengurusan dan Lembaga Pengarah

Melantik individu untuk menerajui kelestarian

Memberikan latihan yang wajar dan mencukupi mengenai amalan kelestarian kepada pekerja dan ahli Lembaga Pengarah

Mengenal pasti aktiviti perniagaan utama dan memadankan dengan topik kelestarian

Menilai impak setiap aktiviti perniagaan

Mengutamakan pengukuran kelestarian dalam penilaian impak

Memilih topik utama untuk pelaporan

Memilih petunjuk penting untuk setiap topik utama

Menilai pelaksanaan keseluruhan kelestarian menggunakan alat atas talian yang tersedia

Mengumpul data untuk penilaian asas bagi setiap petunjuk topik

Menetapkan sasaran untuk setiap petunjuk topik

Merekod dan menganalisis prestasi setiap petunjuk topik

Menggunakan alat digital untuk pemantauan prestasi

Mencadangkan sebarang penambahbaikan sekiranya perlu

Menyatakan skop pelaporan dan rangka kerja/piawaian pelaporan yang digunakan

Mengumpul dan menganalisis data prestasi untuk menilai kemajuan dalam pelaksanaan setiap bahagian yang berkaitan dengan Tadbir Urus, Penilaian Materialiti, Penilaian Asas & Penetapan Sasaran, dan Pemantauan Prestasi

Menerbitkan hasil dapatan di dalam laporan kelestarian