< KEMBALI | Board of Directors - Puan Juniwati Rahmat Hussin
Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif -
Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko
Puan Juniwati Rahmat Hussin telah berkhidmat dengan Kumpulan PETRONAS selama 35 tahun dan telah menyandang beberapa jawatan termasuk Naib Presiden & Pengarah Usahasama Kompleks Bersepadu Pengerang, Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia, dan Naib Presiden Bahagian Pendidikan. Beliau kini merupakan Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif di Lembaga Tenaga Nasional Berhad. Puan Juniwati juga merupakan Pengarah Bebas, Bukan Eksekutif di DIALOG dan ahli Majlis Penasihat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.