Pelan Tindakan OGSE menyasarkan Pemacu Teknologi untuk memacu syarikat-syarikat tempatan menerajui teknologi tinggi seterusnya sebagai pemain-pemain utama serantau dalam sektor Peralatan dan Perkhidmatan Minyak & Gas (OGSE). Untuk mencapai matlamat ini, MPRC berperanan untuk merapatkan jurang antara kerajaan, industri, dan akademia serta menggalakkan kerjasama bagi mencapai visi Pelan Tindakan OGSE 2021 – 2030.
MPRC telah memulakan pembangunan Rangka Kerja OGSE Technology-Network (OGTEN) sebagai platform utama bagi memudah-cara penggunaan teknologi dan kerjasama dalam sektor OGSE.
OGTEN menghubungkan kerajaan, industri, dan universiti melalui rangka kerja triple helix yang memupuk budaya inovasi dan menggalakkan perkongsian pengetahuan. Matlamatnya adalah untuk memudahkan pembangunan dan penggunaan R&D dengan menghubungkan syarikat OGSE dengan akademia bagi menangani cabaran operasi melalui pendekatan inovasi dalam sektor OGSE secara efektif.
OGTEN diusahakan berasaskan inisiatif pemacu teknologi Pelan Tindakan OGSE seperti kerjasama pemindahan teknologi, galakkan inovasi tempatan, dan membina ekosistem digital yang kukuh, dengan matlamat meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memacu sektor OGSE Malaysia ke arah daya tahan dan daya saing global.
Transformasi Penyelidikan Akademik
Menterjemahkan hasil kajian akademik kepada inovasi yang praktikal bagi kegunaan industri, melalui peluang yang dicipta oleh penyelidikan sedia ada.
Pendekatan Inklusif
Mengutamakan semua pihak berkepentingan OGSE. Walaubagaimanapun, keutamaan pada peringkat permulaan pelaksanaan ini akan diberikan kepada kajian R&D yang telah dibuktikan secara konsep.
Memacu Inovasi
Meningkatkan bilangan paten yang difailkan oleh syarikat-syarikat OGSE tempatan selaras dengan sasaran Pelan Tindakan OGSE.
Merentasi Sempadan
Sebagai platform untuk berhubung dengan pusat R&D terkemuka luar negara serta menggalakkan pembangunan bersama dan pemindahan teknologi.