KEMBALI | Sektor OGSE : Pembangunan Bakat OGSE

Pembangunan Bakat OGSE

Sektor OGSE di Malaysia merupakan ekosistem dinamik yang memacu penciptaan peluang pekerjaan dan masa depan yang berinovasi.

Dengan memupuk kerjasama yang padu antara pemegang taruh dan memanfaatkan pelbagai inisiatif, sektor OGSE sentiasa membangunkan tenaga kerja mahir dan separa mahir, mengukuhkan kedudukannya sebagai pendorong kemakmuran sosio-ekonomi Malaysia yang berterusan.

Inisiatif Pembangunan Bakat

Inisiatif ini dirangka untuk mempersiapkan tenaga kerja OGSE tempatan yang cekap dan bersedia berhadapan dengan cabaran terutamanya dalam keadaan yang tidak menentu. Menjelang 2030, kerjasama antara industri, akademia, dan kerajaan dijangka dapat melahirkan 60,000 bakat mahir dan separa mahir melalui pelbagai inisiatif yang progresif.

Program Pengekalan Pekerja Mahir
Inisiatif yang membantu pemain sektor OGSE mengekalkan bakat mahir dengan berkesan dan bertujuan untuk mengurangkan impak kehilangan bakat dan kepakaran secara kekal ke industri lain.

Promosi Kerjaya OGSE
Membantu sektor OGSE untuk mengekalkan bakat yang berharga dengan mempromosikan prospek kerjaya dan pilihan kemahiran dalam industri minyak dan gas, serta fasilitasi latihan dan pembangunan tenaga kerja OGSE sedia ada melalui pembelajaran berterusan.

Pengembangan Kursus Kejuruteraan
Mengembangkan kepelbagaian modul dan bahan pembelajaran yang lebih komprehensif dan terkini untuk melengkapkan dan menarik bakat masa depan industri tenaga yang berkembang pesat.

Bimbingan Pakar daripada Mantan Bakat OGSE
Memupuk aktiviti bimbingan oleh mantan bakat OGSE dan pekerja semasa dalam membina kecekapan bagi jawatan berkemahiran tinggi.