Perkhidmatan Fasilitasi Kerjasama Strategik OGSE merupakan salah satu inisiatif yang digariskan dalam Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021–2030 bagi meningkatkan daya saing dan daya tahan sektor OGSE serta mengenalpasti jurang yang wujud di dalam pasaran sektor ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan kerjasama strategik bagi mewujudkan sektor OGSE yang berdaya saing dan berkembang maju dalam pasaran global. Objektif utama perkhidmatan fasilitasi ini adalah untuk memupuk sektor OGSE yang teguh dan berkembang dengan menyokong pelbagai segmen dan jenis Syarikat industri melalui kerjasama strategik. Bagi memudahkan lagi pembangunan sektor OGSE, enam penggerak utama telah dikenalpasti seperti berikut:
Platform Perbincangan Pembangunan Industri Peringkat Tinggi
Platform ini menyelaraskan pembangunan sektor OGSE dengan aplikasi nasional, dinamik pasaran serta cabaran dan peluang industri. Dengan memupuk perbincangan di kalangan pihak berkepentingan, ia memastikan pertumbuhan sektor yang koheren dan strategik.
Protokol Evolusi Kerjasama Strategik
Untuk mengenal pasti syarikat yang sesuai untuk menyertai program kerjasama ini termasuk syarikat yang secara aktif mencari peluang kerjasama dengan syarikat OGSE lain.
Pangkalan Data OGSE yang teguh
Untuk mengumpul dan menyalurkan data serta maklumat industri kepada pihak berkepentingan. Ketersediaan data yang komprehensif dan tepat adalah penting bagi membantu membuat keputusan serta perancangan strategik yang lebih berkesan.
Protokol Padanan Kerjasama Strategik
Meningkatkan peluang untuk mewujudkan padanan strategik yang sesuai bagi memastikan kerjasama yang efektif, di mana padanan strategik berpotensi berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama.
Protokol Konsolidasi Kerjasama Strategik
Menyediakan insentif dan faedah yang wajar bagi konsolidasi industri, menggalakkan kecekapan dan daya saing sektor, jika berpotensi.
Panduan Industri Menyeluruh
Setiap syarikat tertakluk kepada penilaian individu berdasarkan profil semasa, merit dan keperluan perniagaan serta dijangka untuk berkongsi aspirasi perniagaan. MPRC seterusnya akan menilai kesesuaian mengikut rangka kerja nasional serta segmen tumpuannya.
Sepanjang tempoh fasilitasi ini, syarikat akan mendapat akses kepada perkhidmatan kepakaran, penyelidikan, serta kerangka kerja MPRC yang komprehensif.
Setiap syarikat akan diberi peluang kepada perincian analisis data berdasarkan maklumat yang tersedia oleh MPRC.
Jika perlu, MPRC akan membantu menghubungkan syarikat dan pihak berkepentingan masing-masing dari Kementerian atau agensi Kerajaan bagi memudahkan kerjasama strategik.