Geran Pembangunan OGSE (OGSE DG) adalah geran padanan 70:30 yang ditawarkan oleh MPRC dengan nilai maksimum sehingga RM250,000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) dan syarikat peringkat pertengahan (Mid-Tier) OGSE dalam membangunkan atau menerapkan teknologi dan inovasi serta meningkatkan penjualan eksport.
Program ini bertujuan untuk membantu syarikat OGSE tempatan yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan daya saing mereka dalam industri serta pemangkin dalam pembangunan produk, penyelesaian atau perkhidmatan yang inovatif, dipacu oleh kehendak pasaran serta meningkatkan penciptaan Hak Harta Intelek (IPR) bagi tujuan pengkomersilan.