OGSE100 merupakan laporan tahunan utama MPRC yang menyediakan senarai 100 syarikat teratas dalam sektor OGSE di Malaysia. Laporan ini menyediakan maklumat prestasi kewangan dan landskap perniagaan industri OGSE tempatan serta memberi gambaran mengenai saiz dan status sektor OGSE dari segi pendapatan, keuntungan sebelum cukai (PBT), margin PBT, dan jumlah aset tetap untuk syarikat OGSE di Malaysia.
Penunjuk aras kewangan ini juga digunakan untuk menilai prestasi kewangan sektor OGSE Malaysia dan 100 syarikat teratas, menjadikan laporan ini sebagai rujukan penting bagi pemain industri, pelabur yang berpotensi, dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Selain itu, MPRC juga melakukan analisis perbandingan sektor OGSE Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara.
Secara keseluruhan, laporan OGSE100 memberikan perspektif yang komprehensif mengenai landskap, perubahan serta hala tuju sektor OGSE ini. Laporan ini juga berfungsi sebagai sumber rujukan untuk merumuskan strategi dan memacu pembangunan berterusan sektor OGSE.