KEMBALI | Perihal Kami / Integriti & Tadbir Urus

Komitmen kami kepada piawaian tertinggi integriti dan etika

MPRC komited kepada piawaian tertinggi kepimpinan, integriti, dan etika kerja. MPRC juga berusaha mewujudkan sikap terbuka dan bertanggungjawab dalam semua aspek operasi syarikat.

MPRC berhasrat untuk mencapai piawaian integriti tertinggi dalam menjalankan operasi.

MPRC berpandukan kepada Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE). Kod ini mentakrifkan pengendalian urusan syarikat dengan cara yang beretika, bertanggungjawab dan telus. Kod ini juga mengandungi langkah-langkah untuk menangani dengan segera sebarang salah laku tidak beretika, termasuk:

  • Penipuan, rasuah, kecurian atau penggelapan dana;
  • Penyalahgunaan kuasa atau konflik kepentingan;
  • Penyalahgunaan harta syarikat atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan;

Senarai salah laku tidak terhad kepada senarai yang tertera di atas. Jika terbukti bersalah, tindakan akan diambil terhadap salah laku berdasarkan garis panduan CoBE MPRC, atau berdasarkan di bawah undang-undang berkaitan yang berkuatkuasa.

MPRC juga menyediakan saluran yang selamat kepada pemberi maklumat sama ada pekerja MPRC mahupun orang awam untuk melaporkan atau membuat pendedahan salah laku yang tidak beretika di MPRC.

Pelan Anti-Rasuah syarikat 2022-2026 (OACP)

Susulan daripada CoBE, kami juga telah melaksanakan OACP yang mentakrifkan bidang keutamaan dan inisiatif kami dalam bidang Perolehan, Kewangan, Operasi, dan Sumber Manusia bagi mengurangkan risiko rasuah, integriti, dan tadbir urus. Ini adalah selaras dengan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (MACCA), dengan jumlah 34 inisiatif yang dikategorikan berdasarkan tahap kerumitan dan impak.

Dasar Anti-Rasuah & Anti-Korupsi (AB&C)

MPRC menggunakan Dasar AB&C sebagai asas bagi syarikat untuk membentuk, melaksanakan, mengekalkan, menyemak, dan meningkatkan sistem anti-rasuah dan anti-korupsi bagi menyokong objektif strategik syarikat, termasuk garis panduan mengenai rasuah, ganjaran, pemerasan, hadiah, hospitaliti, dan pemberi maklumat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengurus Integriti MPRC di 03 86558750 atau melalaui emel di integrity@mprc.gov.my

Buat Perubahan. Laporkan Secara Rahsia.

MPRC mewujudkan saluran komunikasi yang selamat untuk memastikan identiti anda sebagai pemberi maklumat diberi perlindungan kerahsiaan identiti. Maklumat yang boleh mengenalpasti identiti pemberi maklumat seperti alamat IP, maklumat peribadi, bahasa, dan sebagainya tidak akan didedahkan. Pemberi maklumat mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap segala maklumat yang ingin dikongsi.