KEMBALI | Perihal Kami /  Rakan Kerjasama Strategik :

Johor Petroleum Development Corporation Berhad

Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) adalah anak syarikat milik penuh MPRC. Ditubuhkan pada 9 April 2012, mandat yang diberikan adalah untuk merancang dan menyelaras pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) serta mempromosi dan memudahcara pelaburan dalam operasi hiliran minyak, gas, dan petrokimia di PIPC. JPDC juga memainkan peranan penting memupuk serta menyokong penyertaan komuniti tempatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi PIPC baik dari segi sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk industri mahupun usahawan.

Diletakkan sebagai pusat intergrasi penyulingan dan petrokimia bertaraf dunia, PIPC merangkumi 20,000 ekar tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri menempatkan Kompleks Bersepadu Pengerang PETRONAS, projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan terminal laut dalam yang pesat berkembang iaitu DIALOG-Vopak Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT). Sebagai pemacu utama PIPC, JPDC bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri Johor, PETRONAS, dan Dialog, serta pihak berkuasa tempatan dan komuniti Pengerang untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan lestari di kawasan tersebut.

Visi JPDC

Mentransformasi Johor menjadi Hab Hiliran Minyak dan Gas yang Lestari dan Bertaraf Dunia

  • Visi ini selaras dengan usaha Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hab minyak & gas seperti yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan.
  • JPDC akan memainkan peranan utama bekerjasama dengan Negeri Johor untuk merealisasikan visi ini.

Misi JPDC

JPDC ditugaskan untuk merancang dan menyelaras pembangunan kawasan industri hiliran minyak dan gas yang lestari di PIPC, menggalakkan pelaburan ke dalam PIPC dan Malaysia, serta memudahcara penyertaan perniagaan dan tenaga kerja Malaysia dalam pembangunan aktiviti ekonomi PIPC.

Dalam merancang dan membangunkan strategi komprehensif bagi pembangunan pusat hiliran minyak & gas di Johor, JPDC mengambil kira faktor-faktor berikut:

icon

Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar

icon

Manfaat Ekonomi

icon

Struktur Sosial

icon

Pelaburan & Pembangunan Modal Insan

icon

Pelaburan Berkualiti Tinggi

JPDC diberikan mandat untuk:

  • Merancang dan membangunkan strategi pembangunan hiliran minyak dan gas di Johor
  • Mengenal pasti dan menguruskan dana yang diperlukan bagi membiayai pembangunan hiliran minyak dan gas di Johor
  • Meningkatkan keterangkuman ke arah masyarakat yang adil dengan lebih banyak peluang ekonomi di PIPC
  • Menyelaras dan memacu pelaksanaan projek pembangunan
  • Mempromosi dan memasarkan industri minyak dan gas hiliran Johor kepada pelabur berpotensi
  • Memastikan ketersediaan tenaga kerja industri untuk memacu dan menyokong pertumbuhan pembangunan PIPC