KEMBALI | Perihal Kami / Kenali MPRC

Mengenai MPRC

Ditubuhkan pada April 2011, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) adalah sebuah agensi seliaan Kementerian Ekonomi yang ditugaskan untuk memajukan sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) Malaysia.

MPRC terus menyokong syarikat OGSE untuk beralih ke arah tenaga yang lebih bersih dan lestari sebagai bidang baharu dalam pertumbuhan perniagaan selain bertindak sebagai penasihat dasar kepada kerajaan mengenai industri minyak, gas dan tenaga seiring dengan arus peralihan tenaga di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Susulan pelancaran Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030 (Pelan Tindakan OGSE), MPRC bertindak mengawalselia, menyelaras dan melaksanakan inisiatif-inisiatif bersama rakan-rakan kerjasama strategik Pelan Tindakan OGSE. Pelan Tindakan OGSE bermatlamat untuk membangunkan sektor OGSE yang kukuh, berdaya tahan, dan berdaya saing di peringkat global serta menyumbang kepada pembangunan mampan Malaysia..

MPRC memberi penekanan terhadap kelestarian industri OGSE dan tenaga selaras dengan komitmen Malaysia terhadap kelestarian di peringkat negara dan global termasuk sasaran karbon sifar bersih menjelang 2050 seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Dasar Tenaga Negara 2022-2040, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Pelan Strategik 5-Tahun MPRC 2022-2027

Rakan strategik yang progresif dan dipercayai untuk memajukan perkhidmatan sokongan tenaga, peralihan tenaga, nasihat dasar dan advokasi, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.


Bidang Tumpuan Strategik

icon

Pembangunan Sektor OGSE

Menyelesaikan isu-isu asas sektor OGSE (daya saing, daya tahan, pembangunan, dan kelestarian)

Memacu pembangunan sektor OGSE dalam pasaran gas, tenaga boleh diperbaharui, dan tenaga baharu

icon

Promosi & Advokasi Peralihan Tenaga (Kelestarian)

Menyokong Kementerian Ekonomi dalam mempromosikan Peralihan Tenaga (Kelestarian) dalam sektor OGSE dan industri Minyak dan Gas secara lebih meluas

Mempromosi dan menggalakkan gas sebahagian daripada agenda peralihan tenaga disamping meletakkan Malaysia sebagai hab pasaran gas serantau

icon

Dasar & Nasihat Minyak, Gas & Tenaga

Menyokong Kementerian Ekonomi dalam menyediakan perkhidmatan penyelidikan, perundingan, dan nasihat dasar

Nilai Teras W.I.S.H Kami

WIN-WIN

Penyelesaian yang bermanfaat bersama untuk semua pihak berkepentingan kami yang akan menjadi sumber daya saing negara dan pertumbuhan mampan.

INTEGRITY

Jujur kepada diri sendiri dan orang lain – Kami mewujudkan persekitaran kepercayaan dengan mengatakan apa yang kami maksudkan dan memaksudkan apa yang kami katakan. Kami teguh dalam etika kami dan bertanggungjawab atas tindakan kami.

STEWARDSHIP

Kami melihat setiap tugas sebagai peluang untuk penambahbaikan. Kami melabur dalam pertumbuhan profesional kami. Kami memberi tumpuan tanpa henti kepada penciptaan nilai ketika melaksanakan mandat sebagai pembina negara.

HUMILITY

Menghormati orang lain akan mendorong kami untuk membentuk masa depan – Kami membuka minda kepada pelbagai idea, tanpa mengira asalnya. Kami menerima kemungkinan bahawa terdapat idea yang lebih baik daripada idea kami. Kami menghormati orang lain dan pandangan mereka, dengan menyedari bahawa kami di sini untuk berkhidmat.

Kerjaya

Adakah anda berminat dalam bidang tenaga dan/atau berhasrat untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan lestari sektor OGSE Malaysia? Adakah anda seseorang yang mempunyai kemahiran analitikal dan kritikal yang baik, berfikiran terbuka, dan tekun untuk belajar dan memperbaiki diri? Sekiranya ini menggambarkan diri anda, terokai kekosongan jawatan di MPRC.